HAVING FLU : CARA BERHADAPAN DENGAN'NYA'

So ya im back. my 2017 intention is want to frequently updating my blog! maybe daily posting? hahaha since i have so muchhhh time to do it. this is my second entry sejak dah berzaman tak bersihkan habuk kat blog ni. hahaha terlalu bergelumang dengan demam M ( malas ). after redone recreate redesign and all the 're' thingy tiba tiba datang balik minat nak blogging. so nak dijadikan cerita sekarang, aku kena selesema! for no reason. takpa sakit kan menghapuskan dosa.

Pencegahan

Petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:

  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jangan menggigit kuku.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Makanlah makanan yang seimbang.
  • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
  • Jauhi daripada merokok – Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
  • Jauhkan diri daripada alkohol – alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.

Pengurusan diri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.

Petua untuk melawan demam selsema:

  • Berehat di katil.
  • Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
  • Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
  • Meminum banyak air
  • Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).
  • Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
  • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Cara-cara mudah sihat dari selesema secara semulajadi.

1) Minum Banyak Air Masak
Pastikan anda minum air masak dalam sehari 2 ke 3 liter. Badan manusia memerlukan air dengan banyak. Sekiranya anda kekurangan air, bukan sahaja anda akan mengalami pelbagai sakit, malah kulit anda juga akan kelihatan kering dan tidak bermaya.

2) Kapur Sirih / Kunyit Hidup
Anda boleh mengambil kapur sirih atau kunyit hidup (gosok dulu di batu lesung) dan sapu pada batang hidung. Sesuai juga dilakukan pada kanak – kanak. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, anda hanya perlu menyusukan bayi anda dengan susu ibu sahaja.

3) Mengambil Vitamin C Setiap Hari
Untuk pengetahuan anda, vitamin C adalah vitamin larut air dan mudah disingkirkan melalui air kencing. Maka disebabkan itu kita perlu mengambil vitamin C setiap hari.

4) Mengambil Garlic Sebagai Antibodi Semulajadi

  • Selamat dan sangat bagus untuk kegunaan jangka masa panjang.
  • Meningkatkan sistem imun pada tubuh badan manusia
  • Menghalang penyakit seperti batuk , demam, selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Mampu melawan bakteria dan jangkitan kulat.

5) Mengambil Nutriferon Sebagai Sistem Imun
Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.

source : http://panduanpercuma.info/kesihatan/2978/fakta-tentang-demam-dan-demam-selsema/
source : http://mamaqaireen.com/cara-mudah-nak-cepat-baik-selsema/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."