Lirik Lagu Tema BoBoiBoy - OST BoBoiBoy



Alien datang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi
Jadi kita perlukan penyelamat bumi

BoBoiBoy
BoBoiBoy
BoBoiBoy

Ying!
Yaya!
Gopal!
Dan super hero kita
BoBoiBoy

BoBoiBoy
BoBoiBoy

HIDUP PENUH SEMANGAT




Na Na Na Na Na Na Na Na Na
Na Na Na Na Na Na
Hey! Hey! Hey!

Na Na Na Na Na Na Na Na Na
Na Na Na Na Na Na
Hey! Hey! Hey!

Kehidupan pasti ada
Suka dan duka berganti
Dalam diri harus sedia
Melangkah laju
Biar payah tempuh halangan
Bukannya mengalah

(Penuh semangat)
Ayuh, bangun bersemangatlah
(Kita gembira)
Tuju haluan ke hadapan
(Penuh semangat)
Seperti bintang di angkasa
Terus bersinar demi kejayaan

Marilah bersama
Keluar dari alam fantasi
Marilah bersama
Buktikan dirimu mampu berderi teguh
Marilah bersama
Meraih mimpi jadi realiti

Kita melangkah sebagai
I.D.O.L.A
Demi masa depan

Hidup penuh semangat!

Na Na Na Na Na Na

Lagu: Alfa Booty Kesuma
Lirik: Tisya


Peserta Idola Kecil 3!

SEGMEN PENCARIAN BLOGGER BARU

Assalamualaikum
join segmen?????jom!!!!!!
 KLIK banner /header owner segmen di atas untuk maklumat lebih jelas.


gudluck untuk diri sendiri dan kengkawan blogger yang join ok.

SEGMEN TERJAH,FOLLOW,MENAIK !!!

http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2012/10/segmen-2-terjah-follow-menaik.html

ASSALAMUALAIKUM WBT & HAPPY DIWALI 2012

HADIAH CABUTAN BERTUAH KEPADA YANG JOIN SEGMEN INI
2 pemenang - Top up RM 5.
20 pemenang - Bloglist di sidebar Ain selama sebulan.
10 pemenang - Blog review.

TARIKH TUTUP: 29 NOV 2012.

  syarat untuk join :)

1) WAJIB FOLLOW blog Ain dan juga LIKE fan page blog Ain. Kalau yang ada twitter tu, boleh la FOLLOW twitter Ain
 2) TULIS entry yang bertajuk, "SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!". Then tampal banner tersebut di entry anda dan linkkan ke blog Ain
3) WAJIB TAG 2 orang rakan 
4)  HANTAR LINK anda ke kotak komen

BENGANG BY AKIM

aku bosan dengan cintamu
aku rasa buang masa
kau selalu mendustakan cintaku

aku fikir kau tak searus
lebih baik ku beralih
biarkan diriku terus bersendiri

ku tak sanggup engkau setia
walau jasad dan juga nyawa
sebagai tanda cintamu padaku

katamu..

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa

cukup berkali kau berkata
jangan diulang lagi dusta
jangan kau pujuk hati yang terluka

tak mungkin akan ku kembali
jika janji sekadar mimpi
tak mungkin aku sanggup
bersama dengan mu

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku

setiap liku diserang pilu
setiap liku teringat janjimu
ooh caramu..
akan ku teruskan diriku oh tanpamu

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa
ooh..

JANJI BY AKIM

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
(Lirik Lagu Akim Janji diUlang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

PANTUN BUATAN KU : HARI RAYA

sayup kedengaran takbir raya,
sayu di hati mengingat ibunda,
tidak dapat balik beraya,
masih banyak kertas kerja.

raya pertama kunjungi saudara,
kuih muih jadi juadah,
makan dengan cukup selera,
setelah makan alhamdulillah.

malam kedua mercun di main,
bermain juga bunga api,
hati-hati terkena kain,
kalau kena susah nanti.

lemang di bakar di pagi hari,
embun pagi masih terasa,
akan di makan tengahari,
lemang berlemak enak terasa.

nota kaki:
*pantun ciptaan sendiri tanpa mana2 rujukan
* di beri masa 1 jam
*penat tau fikir
*band 6,bm pertama
*tema hari raya

SEGMEN JOM MENCARI FOLLOWERS

ASSALAMUALAIKUM

hai korang,selamat berhari Isnin ye? hari ni terpanggil pulak nak join segmen mencari followers ni tapi kali ni nak ikut segmen anjuran Putra pulak lah. hahaha. dah lama tak join segmen ni,selalu saja busy oleh tugasan yang cikgu berikan ,buat projek itu ini untuk score band. 

ni la follower terkini blog saya pada 5/11/2012

saya bagi markah 99/100 untuk blog Putra tau? :) saya dah follow dan like juga. selamat berkenalan saya ucapkan pada Putra dan rakan blogger lain. sayang korang semua. sesape nak join bolehlah klik SINI k?

PANTUN BUATAN KU:SEBELUM MERDEKA

12 tengah malam di nanti-nanti,
akan datang hari merdeka,
pejuang Malaysia bermati-mati,
menyelamatkan negara dari 'mereka'.

mereka penjajah sangat durjana,
memusnahkan Malaysia tanpa simpati,
penjajah berada di sini sana,
rakyat takut akan di bunuh nanti.

askar Melaka semakin lemah,
penjajah menyerang bertubi-tubi,
negara akhirnya menyeranh kalah,
Melaka dapat penjajah kuasai.

Sultan Melaka melarikan diri,
membuat rancangan mendapatkan Melaka,
namun Baginda bukan sendiri,
tapi di bantu rakyat jelata.

DAMAI YANG HILANG



Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela

Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

RUPERT GRINT @ RONALD WEASLEY



Lahir Rupert Alexander Lloyd Grint
24 Ogos 1988 (umur 24)
Hertfordshire, England Flag of England (bordered).svg
Pekerjaan Pelakon
Tempoh aktif 2001–kini

Latar belakang

Keluarga

Rupert merupakan anak sulung kepada Nigel Grint. Rupert mempunyai 3 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Personal

Seperti Ron Weasley, Rupert juga takut pada labah-labah. Ketika waktu lapang, Rupert lebih meluangkan masa dalam belajar tunggang basikal roda satu, tunggang basikal roda empat, melukis dan melakar, main golf, berenang dan bermain gitar. Dalam bulan Julai 2004, Rupert telah tamat sekolah Richard Hale dan mengambil peperiksaan GCSE untuk Seni dan Jerman.
Hasil dari lakonan siri-siri "Harry Potter", Rupert Grint telah membeli satu van aiskrim, dengan pembelian van tersebut, Rupert sering berjenaka dengan menyatakan sekiranya kerjaya lakonannya tidak berjaya selepas tamatnya siri Harry Potter, sekurang-kurangnya dia masih memiliki van tersebut. Mengikut dari temubual Emma Watson dengan Conan O' Brien, van terbabit mempunyai semua perasa aiskrim dan taburan atasnya

Filemografi

Tahun Tajuk Watak Nota
2011 Harry Potter and the Deathly Hallows - 2 Ron Weasley
2010 Harry Potter and the Deathly Hallows - 1 Ron Weasley
2008 Harry Potter and the Half-Blood Prince Ron Weasley
2007 Harry Potter and the Order of the Phoenix Ron Weasley
2006 Driving Lessons Ben Marshall
2005 Harry Potter and the Goblet of Fire Ron Weasley
2004 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban Ron Weasley
2002 Harry Potter and the Chamber of Secrets Ron Weasley
Thunderpants Alan A. Allen
2001 Harry Potter and the Sorcerer's Stone Ron Weasley

EMMA WATSON @ HERMIONE GRANGER


Lahir Emma Charlotte Duerre Watson
15 April 1990 (umur 22)
Paris, Perancis Flag of France.svg
Pekerjaan Pelakon, model
Tempoh aktif 2001–kini

Biografi

Kehidupan awal

Watson adalah anak sulung dari dua beradik kepada Chris dan Jacqueline Watson, peguam yang kini bercerai. Adik lelakinya bernama Alex. Sebagai gadis muda, Watson tinggal bersama keluarganya di Oxford, England dan di Paris, Perancis. Dia menghadiri The Dragon School, Sekolah Persediaan terkenal di Oxford.
Sebelum berlakon dalam filem Harry Potter, pengalaman berlakon Watson terhad, hanya peranan kecil dalam lakonan sekolah termasuk Arthur: The Young Years dan The Happy Prince. Aktiviti sekolah lain termasuk Daisy Pratt Poetry Competition, dalam mana, pada usia tujuh tahun, dia memenangi tempat pertama bagi usianya

Filemografi

Tahun Tajuk Watak Catitan
2001 Harry Potter and the Philosopher's Stone Hermione Granger Tajuk di Amerika Syarikat Harry Potter and the Sorcerer's Stone.
2002 Harry Potter and the Chamber of Secrets Hermione Granger
2004 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban Hermione Granger
2005 Harry Potter and the Goblet of Fire Hermione Granger
2007 Harry Potter and the Order of the Phoenix Hermione Granger
Ballet Shoes Pauline Fossil Dibuat untuk BBC1
2008 The Tale of Despereaux Princess Pea penggunaan suara
Harry Potter and the Half-Blood Prince Hermione Granger Dijadual keluar 17 July 2009.[1]
2009 Napoleon and Betsy[2] Betsy Belum disahkan.
2010 Harry Potter and the Deathly Hallows - 1 Hermione Granger Dijadual keluar 19 November, 2010.[3].Penerbitan disahkan.
2011 Harry Potter and the Deathly Hallows - 2 Hermione Granger Penerbitan disahkan.

DANIEL RADCLIFFE @ HARRY POTTER

daniel radcliffe

Tarikh Lahir
23 Julai 1989, Fulham, London, England, UK

Nama lahir
Daniel Jacob Radcliffe

Nickname
dan

ketinggian
5 '5 ¼ "(1,66 m)

Biografi mini

Daniel Jacob Radcliffe dilahirkan pada petang 23 Julai, 1989 Alan Radcliffe dan Marcia Gresham. Beliau bermula persembahan dalam produksi sekolah kecil sebagai budak muda. Soon cukup, beliau mendarat peranan dalam David Copperfield (1999) (TV), sebagai David Copperfield muda. Beberapa tahun kemudian, beliau mendarat peranan sebagai Mark Pendel di Tukang Panama (2001), anak Harry dan Louisa Pendel (Geoffrey Rush dan Jamie Lee Curtis). Lee Curtis telah sememangnya menunjukkan kepada ibu Daniel bahawa dia boleh menjadi Harry Potter sendiri. Tidak lama kemudian, Daniel telah dibuang sebagai Harry Potter oleh pengarah, Chris Columbus dalam filem yang melanda teater di November 16, 2001, Harry Potter dan Batu Sorcerer (2001). Beliau telah diiktiraf di seluruh dunia selepas filem ini telah dikeluarkan. Menyenangkan penonton dan pengkritik di mana-mana, penggambaran sekuelnya, Harry Potter dan Dewan Rahsia (2002), dimulakan sejurus selepas itu. Beliau muncul lagi sebagai Harry dalam Harry Potter dan Tawanan Azkaban (2004) diarahkan oleh Alfonso Cuarón, dan kemudian muncul dalam Harry Potter dan Piala Api (2005) yang diarahkan oleh Mike Newell. Tidak lama selepas itu, dia selesai penggambaran Disember Boys (2007) di Adelaide, Australia, Kangaroo Island, dan Geelong, Australia yang bermula pada 14 November, 2005 dan berakhir pada bulan Disember. On January 27, 2006, beliau menghadiri Anugerah South Bank Papar membentangkan anugerah untuk "Breakthrough Artist of the Year" kepada Billie Piper. Dan reprized watak beliau yang terkenal sekali lagi untuk ansuran seterusnya siri Harry Potter, Harry Potter dan Perintah Phoenix (2007). Pada bulan Februari 2007 beliau mengambil peranan peringkat pertama di West End bermain Equus untuk pujian di seluruh dunia dari peminat dan pengkritik sama. Beliau telah selesai penggambaran filem TV Jack My Boy (2007) (TV), yang akan ke udara pada 11 November 2007 di UK.

novel harry potter

  • Harry Potter
  • Harry potter stamps.jpg
  • Kejayaan francais Harry Poter telah membawa ke suatu set setem yang telah diedarkan oleh Royal Mail, yang mencirikan kulit ketujuh-tujuh buku Harry Potter.[1]
  • Pengarang
  • Negara
  • Bahasa
  • Genre
  • Penerbit
  • Tarikh terbitan
  • Jenis media
  • Keluaran Kulit Keras & Kulit Lembut dan
  • Buku Audio
  • Bil. muka surat
  • Bendera United Kingdom 3407 (dalam jumlah)
  • Bendera Amerika Syarikat 4100 (dalam jumlah)

LAGU SEKOLAH HOGWARTS

    Hogwarts, Hogwarts, HoggLagu Sekolah  y, Warty, Hogwarts,     Tolong tunjuk ajar kami,     Walau jadi tua atau tiada rambut di kepala,     Atau jadi budak yang berkudis di kaki,     Kepala kami boleh diisi,     Dengan ilmu, serapah dan jampi,     Kerana kini lapang dan kosong,     Berdangkal dan penuh daki,     Ajarlah kami apa yang patut,     Ingatkan apa yang kami lupa,     Lakukan sahaja sebaik-baiknya,     Kami lakukan selebihnya,     Belajar sebanyak-banyaknya.

KASTARD JAGUNG

BAHAN 2

120gm tepumg jagung
360gm gula pasir
1/2tin jagung
250ml air


CARA 2

1) masukkan tepung kastard ke dalam bekas adunan

2) masukkan gula pasir dan kacau rata

3) tuang air ke dalam adunan

4) kacau adunan hingga sebati dan pekat

5) akhir sekali,masukkan adunan kedalam peti sejuk ,setelah sejuk boleh dinikmati

L.E.G.A :)

jumlah follower setakat post di tulis
SALAM SEMUA..
helo,helo semua,amacam hari ni? ok tak? harap semua ok ye? cuba tengok tajuk post saya malam ni,mesti korang tertanya2 kan? ok la,sebenarnya nak bagitau la yang saya dah selamat terjah dan follow rakan blogger lain. senarai memang panjang,harap2 tak adalah yang terlepas pandang dan tak terfollow malam ni. selepas ini bertambah meriah lah blog ni dengan kunjungan balas kat ruang komen dan cbox saya kan? hahaha. thanks a lot pada semua yang sudi singgah dan komen setiap post saya tu. lega sesangat kerana telah berjaya settle kan misi ini. nampaknya setakat ni dulu. nanti jumpa lagi.bye.

RUMAH HOGWARTS

 Gryffindor

Rumah di Hogwarts
Gryffindor
Gryffindor
Pengasas Godric Gryffindor
Warna Rumah Merah dan Kuning keemasan Gryffindorcolours.svg
Logo Singa
Ketua Rumah Minerva McGonagall
Pintu Masuk Potret Perempuan Gemuk
Hantu Rumah Nicholas de-Mimsy Porpington
Rumah Gryffindor menghargai keberanian dan kesetiaan melampaui segala-galanya. Jatanya mempunyai lambang singa, dan warna yang digunakan ialah merah dan emas. Sir Nicholas de Mimsy-Porpington yang lebih dikenali sebagai Nick yang Hampir Tidak Berkepala merupakan hantu yang mewakili rumah ini. Mengikut J.K. Rowling , rumah Gryffindor berkitar dan mempunyai kaitan dengan unsur api. Pengasas rumah ini ialah Godric Gryffindor. Untuk menampakkkan lagi kaitan rumah ini dengan elemen api, alumni daripada pasukan Gryffindor seperti Albus Dumbledore dan Minerva McGonagall, kelihatan menggemari menggunakan elemen tersebut sebagai senjata pilihan.
Sungguhpun rumah ini dianggap sebagai rumah yang protagonis namun tidak kesemua pelajar Gryffindor baik hati. Contohnya Cormac McLaggen, beliau merupakan seorang yang menampilkan kualiti pelajar Gryffindor yang kurang baik. Hal ini adalah kerana, beliau seorang yang panas baran, bongkak, dan tidak menyukai sesuatu yang tidak mengikut kehendak atau citarasanya. Dia tidak menyukai Ronald Weasley hanya kerana Ron telah mengalahkan beliau dalam pemilihan sebagai Beater untuk pasukan Quidditch Gryffindor. Contoh lain ialah seperti Romilda Vane yang suka menipu dan licik kerana beliau pernah cuba untuk menggoda Harry Potter dengan menggunakan ubat pengasih. Beliau juga bersikap meninggi diri terhadap Neville Longbottom dan Luna Lovegood. Walau bagaimanapun, sifat kedua-dua mereka yang tegar dan yakin terhadap diri sendiri membolehkan mereka untuk dikisihkan ke pasukan Gryffindor. Walau bagaimanapun pemilihan Peter Pettigrew untuk menyertai pasukan ini amat meragukan. Hal ini kerana, beliau seorang yang penakut dan suka mengampu dan hanya beliau seorang sahaja dari pasukan Gryffindor yang menyertai Death Eater.
Terletak di salah satu menara tertinggi di Hogwarts, tempat untuk memasuki bilik umum pasukan ini terlaetak di tingkat tujuh menara tersebut dan dikawalselia oleh potret Perempuan Gemuk yang sering memakai pakaian berwarna merah jambu yang hanya membenarkan mereka yang mempunyai kata laluan yang betul sahaj boleh memsuki bilik umum tersebut.
Ketua Pasukan rumah ini buat masa sekarang ialah Professor Minerva McGonagall.
Nama-nama pelajar dari pasukan ini:

Hufflepuff

Rumah di Hogwarts
Hufflepuff
Hufflepuff
Pengasas Helga Hufflepuff
Warna Rumah Kuning dan Hitam Hogwarts Hufflepuff colors.svg
Logo Badger
Ketua Rumah Pomona Sprout
Pintu Masuk -
Hantu Rumah Friar Gemuk
Rumah Hufflepuff telah diasaskan oleh Helga Hufflepuff yang menhargai kerja keras, kesetiaan, toleransi, dan keadilan melampaui segala-galanya. Lambangnya mempunyai gambar badger, dan warna seperti kuning dan hitam. Friar Gemuk merupakan hanyu yang mewakil pasukan ini. Mengikut J. K. Rowling, pasukan Hufflepuff berkaitan dengan elemen tanah. Asrama pasukan ini terletak di bawah tanah (berkaitan elemen tanah) dan pintu masuknya terletak di kawasan dapur yang mempunyai satu potret lukisan yang memerlukan kata laluan untuk memasukinya. Bilik ini dipenuhi dengan langsir-langsir tergantung yang berwarna kuning dan kerusi duduk yang besar yang turut mempuyai terowong bawah tanah yang menuju ke asrama tang mempunyai pintu yang bulat.[1] Jarang nama pelajar-pelajar dari rumah ini terlibat dalam siri Harry Potter ini secara umumnya.
Ketua Pasukan rumah ini buat masa sekarang ialah Profesor Pomona Sprout.
Nama-nama pelajar yang berasal dari rumah ini:





Ravenclaw

Rumah di Hogwarts
Ravenclaw
Ravenclaw
Pengasas Rowena Ravenclaw
Warna Rumah Biru dan Kelabu Hogwarts Ravenclaw colors.svg
Logo Helang
Ketua Rumah Filius Flitwick
Pintu Masuk Knight Statue
Hantu Rumah The Grey Lady
Rumah Ravenclaw menghargai kebijaksanaan, kreativiti, kecerdikan dan kepandaian. Jatanya mempunyai lambang burung helang dan warnanya pula ialah biru dan gangsa (diubah kepada biru dan perak di dalam filem). Hantu pasukan ini ialah Grey Lady, yang kemudiannya diketahui sebagai anak perempuan kepada Helena Ravenclaw di mana Rowena Ravenclaw ialah neneknya. Mengikut J.K. Rowling, rumah ini mempunyai kaitan dengan elemen udara.
Rowena Ravenclaw sendiri digambarkan sebagai perempuan yang cantik, di mana masih lagi diikuti oleh pasukannya. Daya penarik bersama kecantikan dan kecerdikan bagi pelajar perempuan rumah ini ialah perkara biasa di mana pelajarnya seperti Cho Chang digambarkan sebagai sangat cantik, dan adik-beradik kembar Patil iaitu Padma Patil dan Parvati Patil (Parvati berada di rumah Gryffindor) juga dikatakan sebagai gadis tercantik oleh Dean Thomas. Luna Lovegood pula semasa mengikut Harry ke parti Horace Slughorn juga dikatakan cantik di mana beliau menjadi bahan cemburuan pelajar lain. Helena Ravenclaw, anak perempuan kepada Rowena, juga dikatakan hantu yang aga angkuh walaupun cantik. Walaubagaimanapun, hanya Myrtle Mengerang yang dari pasukan ini yang seing dibuli akibat kekuranganya dari segi luaran.
Asrama pasukan ini terletak di menara barat Hogwarts. Bilik umum mereka pula digambarkan sebagai bilik yang penuh dengan langsir biru yang bergantungan dengan kerusi duduk yang besar dan kubah silingnya pula dicatkan gambar bintang-bintang. Di dalam bilik tersebut juga mempunyai satu patung Rowena Ravenclaw yang sedang memakai mahkotanya. Harry juga perasan bahawa bahagian bilik ini mempunyai pemandangan gunung yang mengelilinginya. Untuk memsuki bilik ini, satu teka-teki perlu diselesaikan, berbanding rumah-rumah lain yang memerlukan kata laluan ntuk memasuki bilik umum mereka.
Ketua Pasukan rumah ini buat masa sekarang ialah Profesor Filius Flitwick.
Nama-nama pelajar yang berasal dari rumah ini:

Slytherin

Rumah di Hogwarts
Slytherin
Slytherin
Pengasas Salazar Slytherin
Warna Rumah Hijau dan Perak Hogwarts Slytherin colors.svg
Logo Ular
Ketua Rumah Severus Snape (diganti oleh Horace Slughorn)
Pintu Masuk -
Hantu Rumah Baron Berdarah
Seperti pengasasnya Salazar Slytherin, rumah Slytherin menghargai keinginan, kelicikan, yang pintar akal, dan yang paling utama: berdarah tulen. Kebanyakkan pelajar rumah ini menunjukkan amalan Machiavellianisme yang tinggi selain gilakan kuasa. Haiwan yang mewakili pasukan ini adalah ular air yang berwarna perak, dan warna rumah yang mewakili rumah mereka pula ialah hijau dan perak. Baron Berdarah ataupun dikenali sebagai Bloody Baron yang merupakan hantu mewakili pasukan ini. Mengikut kata J. K. Rowling, pasukan Slytherin ini mempunyai kaitan dengna unsur air. Asrama dan bilik umum pasukan ini dapat dimasuki melalui dinding batu yang terdedah di kawasan kurungan bawah tanah. Bilik umum mereka adalah panjang, rendah dan mempunyai gaya seperti kurungan bawah tanah yang terletak di bawah tasik Hogwarts, dan dihiasi dengan lampu yang berwarna hijau dan kerusi berukir.
Sehingga penghujung Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, ketua pasukan rumah Sytherin ialah Profesor Severus Snape. Selepas Profesor Snape lari dengan para Death Eater, Profesor Horace Slughorn telah menggantikan jawatan tersebut, yang sebelum ini pernah dijawat beliau sebelum bersara iaitu sebelum diambil semula untuk bekerja.
Harry Potter mepunyai pandangan yang kurang baik terhadap pasukan ini dan telah meminta Topi Pengisih untuk tidak mengisihkan beliau ke rumah ini kerana reputasi negatif rumah ini. Hagrid juga pernah memberitahu beliau bahawa, "Tidak ada ahli sihir yang tidak baik tidak berada dalam pasukan Slytherin." Walau bagaiamanapun, ia kelihatan seperti satu cubaan Hagrid untuk memperbesarkan cerita tentang Sirius Black (yang merupakan seorang Gryffindor sebelum diketahui oleh Hagrid) yang kononya merupakan pengikut Lord Voldemort (ironiknya penjahat sebenar ialah Peter Pettigrew, yang juga seorang ahli pasukan Gryffindor). Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dinafikan banyak ahli sihir jahat yang berasal dari pasukan ini, termasuklah Voldemort, Keluarga Malfoy, Bellatrix Lestrange, Avery, dan Wilkes. Walau bagaimanapun, Salazar Slytherin bukanlah seorang ahli sihir yang jahat. Hal ini disebabkan beliau mempunyai impian yang malangnya termasuklah sifat mementingkan diri sendiri dan suka bersaing. Terdapat juga ahli pasukan ini yang baik hati seperti Horace Slughorn, Severus Snape (selepas kebaikannya diketahui dalam buku terakhir), Phineas Nigellus Black (walaupun menggunakan bahasa kasar seperti "darah lumpur" [HP7]), Andromeda Tonks, dan Regulus Black.
Topi Pengisih mendakwa bahawa faktor darah tulen merupakan kriteria utama dalam pemilihan pelajar untuk ke rumah ini, walaupun hanya baru disebut dalam buku yang kelima. Walau bagaiamanapun, ini dapat membuktikan bahawa antara kriteria yang dipilih ialah: sama ada seseorang itu mempunyai sifat yang ideal untuk dipilih ke pasukan ini berbanding faktor keturunan seseorang itu. Contohnya, terdapat juga pelajar yang bukan berdarah ahli sihir (Muggle) dan berdarah campuran seperti Snape dan Voldemort sendiri. Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, sekumpulan Snatcher mendakwa bahawa "tidak banyak "darah lumpur" dimasukkan ke pasukan Slytherin. Hal ini membuktikan sungguhpun pelajar Muggle adalah jarang, namun ini tidak bermakna tiada pelajar Muggle yang tersenarai dalam pasukan ini.
Mengikut Albus Dumbledore dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, antara kualiti yang turut menjadi dambaan ini ialah Parseltongue, pintar akal, kesungguhan, dan sedikit sifat yang suka melangar peraturan. Yang beliau pelikkan ialah, sifat itu semua terdapat pada Harry sendiri.
Berbeza dengan kehendak pengasas yang lain, Salazar Slytherin mahukan polisi yang lebih ketat dalam kemasukan pelajar: hanya mereka yang berdarah tulen sahaja akan dipilih. Kontroversi ini telah menyebabkan Salazar meninggalkan sekolah dan Bilik Rahsia. Seribu tahun kemudian, pasukan Slytherin masih mempunyai pengaruh yang kuat walaupun kini mereka terpaksa menerima mereka yang berdarah campuran (separuh Muggle, separuh ahli sihir) seperti Voldemort dan Severus Snape.
Sungguhpun Harry menggambarkan kebanyakan pelajar pasukan ini sebagai pembuli, nakal dan jahat, rumah ini turut menampilkan kisah dramatis penyesalan. Contohnya, Snape, seorang ahli pasukan ini (malah beliau pernah menjadi Ketua Pasukan ini), telah menghabiskan usia dewasanya untuk Kumpulan Phoenix dan dalam Azimat Maut, Harry telah terhutang budi terhadap beliau dan menganggap Snape sebagai seorang lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Regulus, bekas seorang Death Eater dan merupakan adik kepada Sirius Black, telah berpaling tadah terhadap Voldemort pada usia 17 tahun, hingga sanggup terkorban bagi memastikan Voldemort menjadi manusia biasa yang akan mati. Malahan Draco Malfoy, musuh paling ketat Harry mempunyai nilai moral yang tinggi kerana beliau tidak sanggup berkorban untuk kejahatan yang sebenar. Ibunya, Narcissa Malfoy turut mengkhianati Voldemort atas sebab risaukan keselamatan anaknya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kualiti utama rumah Slytherin ialah (pandai akal, licik, dan pentingkan diri) bukanlah sikap utama pelajar mereka. Pelajar ini hanya mudah tertarik ke arah kejahatan. Sebegai contoh, Horace Slughorn, beliau sorang yang baik hati dan sayangkan pelajar cuma beliau lebih tertarik untuk berkawan dengan pelajar yang agak cemerlang dan berpengaruh atas sebab kepentingan diri sendiri.
Apabila Voldemort percaya yang beliau hampir membunuh Harry, Voldemort mendakwa yang beliau akan menghapuskan ketiga-tiga pasukan lain dan akan memaksa pelajar-pelajar Hogwarts yang lain untuk menyertai pasukan Slytherin sahaja. Walau bagaiamanapun, setelah kekalahan dan kematian beliau, pasukan ini tidak lagi hanya mementingkan kemasukan pelajar yang berdarah tulen sahaja. Namun, reputasi pasukan ini sebagai rumah untuk pelajar yang jahat masih kekal.[2]
Antara ahli Slytherin yang agak terkenal ialah:

Lihat juga

staf hogwarts

Profesor

Kini (1997)

Lepas

Penjagaan Makhluk Ajaib
Transfigurasi
Posyen
Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam
Pengajian Muggle
  • Charity Burbage (?–1997)

Akan datang

Pengetua

Ketua rumah

Rumah Gryffindor
  • Godric Gryffindor (kk.1000–?)
  • Albus Dumbledore (kk.1938–kk.1955)
  • Minerva McGonagall (?–?)
Rumah Ravenclaw
  • Rowena Ravenclaw (kk.1000–?)
  • Filius Flitwick (?–)
Rumah Hufflepuff
  • Helga Hufflepuff (kk.1000–?)
  • Pomona Sprout (?–)
Rumah Slytherin
  • Salazar Slytherin (kk.1000–?)
  • Phineas Nigellus Black (tidak diketahui)
  • Horace Slughorn (?–kk.1940s)
  • Severus Snape (kk.1980–1997)
  • Horace Slughorn (Jun 1997–)

Staf lain

Hantu rumah

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."